Program Literasi Maklumat (Kempen Internet Selamat) Di Sekolah Menengah Agama Dato ' Haji Mustafa

10 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Disember 2025, telah diadakan Program Literasi Maklumat (Kempen Internet Selamat) Sekolah Menengah Agama Dato ' Haji Mustafa bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Program literasi maklumat ini memberi pendedahan mengenai Kempen Internet Selamat melalui permainan Ekplorasi Literasi Maklumat yang menempatkan 6 checkpoint yang dijaga oleh fasilitator, setiap checkpoint mempunyai tugasan dan permainan yang menguji tahap kefahaman peserta terhadap Kempen Internet Selamat. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan kumpulan terbaik dipilih berdasarkan kentangkasan masa, kreativiti dan semangat kerjasama dalam kumpulan. Setelah selesai, terdapat sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik dan cenderahati kepada pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali