PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) NEGERI SEMBILAN

23 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2025, telah diadakan Program Madani Rakyat (PMR) bertempat di Dataran Nilai Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 22 Ogos sehingga 24 Ogos 2025.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini berlangsung antaranya, pameran agensi kerajaan, jualan usahawan dan lain-lain. Petugas NADI Terlibat dalam booth NADI yang melibatkan perkhidmatan pintar NADI seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pendaftaran ahli NADI dan lain-lain. Selain daripada itu, NADI Felda Pasoh 2 turut terlibat dengan Program Kempen Internet Selamat (KIS) yang melibatkan 10 buah sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Seremban. Pengisian program kali ini adalah pelajar diberikan lembaran aktiviti mengenai topik Internet Selamat dan sama-sama membuat aktiviti tersebut dengan bimbingan fasilitator NADI. Selain itu, turut diadakan sesi penyampaian anugerah Ikon K-Dat guru dan Ikon K-Dat murid kepada semua sekolah yang terlibat. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Tuan Ts Md Tahir bin Musa, Pengarah MCMC Negeri Sembilan.

Kembali Ke Atas

kembali