WEBINAR CYBERSECURITY PROGRAM KHAS “BAHAYA PUBLIC WIFI MENGAPA DAN BAGAIMANA”

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity Program Khas bertajuk “Bahaya Public Wifi mengapa dan bagiamana” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini ditonton melalui sistem LMS Cybersecurity.

Webinar ini terbuka kepada semua peringkat umur. Tujuan webinar ini adalah memberi pendedahan penting kepada peserta tentang ancaman siber yang berkaitan dengan penggunaan media sosial dan penggunaan internet. Topik kali ini mengenai bahaya public wifi disebabkan risiko terdedah kepada ancaman penggodam, serangan virus dan kecurian data. Di samping itu, peserta juga dapat mengetahui langkah-langkah untuk elak risiko semasa menggunakan public wifi.

Kembali Ke Atas

kembali