Kelas Mahir Masak Modul 8 - Asas Pembuatan Kek Span Dan Dekorasi (Pelbagai Jenis)

11 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2026, telah diadakan Kelas Mahir Masak Modul 8 bertajuk “Asas Pembuatan Kek Span Dan Dekorasi (Pelbagai Jenis)”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Pembelajaran Mahir Masak minggu ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas menghasilkan kek span yang lembut serta pelbagai kaedah hiasan kek. Peserta mempelajari bahan-bahan, teknik membakar yang betul dan kemahiran dekorasi seperti penggunaan krim, topping dan corak hiasan. Modul ini membantu peserta meningkatkan kemahiran asas dalam pembuatan kek secara kreatif dan menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali