WEBINAR CYBER SECURITY “BAGAIMANA HAK BANTUAN DIGODAM”
11 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026, telah diadakan Webinar Cyber Security “Bagaimana Hak bantuan Digodam” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Webinar ini bertujuan memberi penerangan bagaiman cara penjenayah siber mengeksploitasi maklumat peribadi dan taktik penipuan seperti pautan palsu, panggilan atau mesej scam untuk mencuri akses kepada akaun atau permohonan bantuan. Peserta didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan seperti menyemak website rasmi, melindungi kata laluan, tidak berkongsi kod OTP, menyemak kesahihan sumber, dan sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kehilangan hak atau menjadi mangsa penipuan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: