Nadi Kidventure (Webinar Pelan Perniagaan Mini 2 Dan Video Pembelajaran)
13 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2026, telah diadakan rakaman webinar Pelan Perniagaan Mini 2 dan Video pembelajaran Kidventure bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kedua bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.
Sesi Webinar Pelan Perniagaan Mini 2 memberi pendedahan kepada peserta tentang cara merancang dan mengurus perniagaan kecil melalui aktiviti keusahawanan yang kreatif dan praktikal. Peserta mempelajari asas penyediaan pelan perniagaan, termasuk penetapan matlamat, sasaran pelanggan, strategi pemasaran, pengurusan kos, serta pengiraan keuntungan. Webinar ini turut memupuk kemahiran komunikasi, kreativiti, penyelesaian masalah, dan keyakinan diri, sekali gus membentuk minat terhadap keusahawanan sejak usia muda. Selain itu, Peserta juga menonton 3 Video berdurasi pendek mengenai pembelajaran Kidventure tentang pelanggan dan cara guna AI untuk merancang perniagaan yang membolehkan peserta jelas dan faham mengenai topik keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: