Lms Esport Etika Dan Sikap Pemain Esukan

19 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Etika Dan Sikap Pemain Esukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.

Antara tujuan pembelajaran topik ini adalah untuk memberi pemahaman yang jelas kepada peserta bahawa Pemain e-Sukan perlu mengamalkan etika dan sikap positif seperti disiplin, jujur, menghormati lawan, dan mematuhi peraturan pertandingan. Selain itu, pemain juga harus menjaga tingkah laku dalam talian, elak daripada menggunakan kata-kata kesat dan kasar, menipu, atau menggunakan perisian haram dalam pertandingan e-Sukan. Di samping itu, pemain yang beretika akan menunjukkan semangat kesukanan, kerja berpasukan, dan tanggungjawab serta mencerminkan imej profesional dalam dunia e-Sukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali