Cyber Hygiene Series “Bulan Kesedaran Keselamatan Peranti Dan Rangkaian”
19 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2026, telah diadakan Cyber Hygiene Series “Bulan Kesedaran Keselamatan Peranti dan Rangkaian” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang.
Dalam Cyber Hygiene series kali ini bertujuan memberi pendedahan tentang amalan terbaik untuk melindungi peranti dan rangkaian daripada ancaman siber. Selain itu, peserta mempelajari kepentingan menggunakan kata laluan yang kukuh, mengemas kini perisian secara berkala, mengenal pasti ancaman seperti perisian hasad dan penipuan dalam talian, serta mengamalkan penggunaan internet yang selamat bagi memastikan data dan maklumat peribadi sentiasa dilindungi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: