Dilea Open Tuisyen Rakyat Sejarah Tingkatan 2
21 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2026, telah diadakan Dilea Open Tuisyen Rakyat Sejarah Tingkatan 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.
Dilea Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru sejarah. Pelajar dibekalkan nota yang boleh diakses melalui portal Dilea. Selain itu, terdapat juga komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru berkaitan topik sejarah. Di samping itu, terdapat juga sesi interaktif permainan atas talian yang menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik matapelajaran sejarah. Setelah sesi pembelajaran tamat, peserta perlu menanda kehadiran dalam portal Dilea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: