Cyber Hygiene Series “Asas Keselamatan Siber”

23 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2026, telah diadakan Cyber Hygiene Series “Asas Keselamatan Siber” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.

Cyber Hygiene bermaksud amalan menjaga keselamatan dalam penggunaan teknologi digital seperti menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri, yang boleh diamalkan dalam penjagaan dunia siber. Peserta dapat mempelajari asas keselamatan siber yang siri ini. Antara asas keselamatan siber adalah kesedaran diri, yang mama pengguna internet perlu berhati-hati semasa melayari internet, jangan mudah percaya pada pautan atau mesej mencurigakan. Selain itu mencipta kata laluan yang kukuh, mengemaskini perisian dalam sistem operasi dan aplikasi gadget, menggunakan antivirus dan firewall yang boleh diyakini, simpan sandaran data, elak kongsi maklumat peribadi, dan aktifkan pengesahan dua faktor.

Dengan mempejalari asas keselamatan siber dapat mencegah ancaman seperti phishing, malware, dan pencurian data. Selain itu, dapat melahirkan pengguna yang bertanggungjawab dalam dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali