Kelas Mahir Masak Modul 7 - Dessert (Pelbagai Jenis) - Portuguese Egg Tart, Cream Puff

4 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Mac 2026, telah diadakan Kelas Mahir Masak Modul 7 bertajuk “Dessert (Pelbagai Jenis) - Portuguese Egg Tart, Cream Puff”, Bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Pembelajaran Mahir Masak minggu ini peserta belajar mengenai Portuguese Egg Tart (Pastel de Nata) adalah pastri berbentuk mangkuk kecil yang diisi dengan kastard telur berkrim, dikenali dengan kerak puff pastry yang rangup dan bahagian atas yang hangus/terkaramel. Selain itu, peserta belajar mengenai Cream puff adalah pastri ringan yang diisi dengan kastard vanila, coklat, atau krim putar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali