KEMPEN INTERNET SELAMAT (ADAB & ETIKA DI SOSIAL MEDIA)

31 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2026, telah diadakan Webinar Kempen Internet Selamatbertajuk“Adab dan Etika di Sosial Media” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Penyertaan webinar ini ada terbuka kepada semua. Sesi webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cara-cara untuk berinteraksi dengan amalan yang baik di media sosial. Peserta didedahkan dengan amalan yang baik di media sosial bermaksud menggunakan platform digital dengan sopan, berhemah dan bertanggungjawab. Selain itu, peserta diingatkan supaya menghormati pandangan orang lain, mengelak daripada menyebar maklumat palsu atau menghina, serta menggunakan bahasa yang positif semasa menggunakan media sosial. Di samping itu, perkongsian kandungan bermanfaat serta memberi sokongan moral kepada orang lain dalam social media, dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan beretika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali