MAXIS EKELAS USAHAWAN MODUL 1 2 3 4
31 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 31 Januari 2026, telah diadakan Webinar Rakaman eKelas Usahawan Modul 1 hingga 4 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar bermula dari jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang.
Webinar rakaman eKelas Usahawan ini melibatkan 4 modul keusahawan iaitu modul pertama strategi pemasaran digital, modul kedua asas komunikasi Visual, modul ketiga Ai Mencipta kandungan dan Modul keempat mengurus & mengukur kerbesanan pemasaran digital. Webinar ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada semua usahawan. Tujuan webinar eKelas usahawan ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan atau perkhidmatan menggunakan kemudahan digital. Selain daripada itu, membantu para usahawan dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: