Kelas Mahir Masak Modul 9 - Pembuatan Bun (Bun Burger Dan Roti Goreng)
1 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 31 Mac 2026, telah diadakan Kelas Mahir Masak Modul 9 bertajuk “Pembuatan Bun (Bun Burger Dan Roti Goreng)”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.
Pembelajaran Mahir Masak minggu ini peserta dapat melihat tayangan video pembuatan bun secara lengkap serta demo pembuatan bun burger dan roti sosej goreng. Selain daripada itu, cikgu mahir masak turut memberi penerangan dan penjelasan mengenai pembuatan bun serta berkongsi tip tentang bahan-bahan dan kaedah yang digunakan untuk menghasilkan bun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: