Kelas Mahir Foto Modul 7 - Studio Lighting Dalam Fotografi, Teknik2, Tips & Trick Pencahayaan Studio & Sesi Praktikal Potrait, Food & Product Photography
6 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mac 2026, telah diadakan Kelas Mahir Foto Modul 7 bertajuk “Studio Lighting Dalam Fotografi, Teknik2, Tips & Trick Pencahayaan Studio & Sesi Praktikal Potrait, Food & Product Photography” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Pembelajaran Mahir Foto minggu ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas pencahayaan studio, termasuk penggunaan lampu, sudut cahaya, dan kawalan bayang untuk menghasilkan gambar yang berkualiti. Peserta turut mempelajari tips dan trik pencahayaan yang sesuai bagi potret, fotografi makanan dan produk, serta diberi peluang menjalani sesi praktikal untuk meningkatkan kemahiran secara hands-on. Disamping itu, membantu peserta memahami teknik pencahayaan dengan lebih efektif bagi menghasilkan gambar yang lebih profesional dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: