Nadi Mahir (Sls) Jom Bergaya Raya: Fashion Styling Bersama Wawa Idris

6 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mac 2026, telah diadakan Kelas NADI Mahir SLS iaitu “Jom Bergaya Raya: Fashion Styling Bersama Wawa Idris “di NADI Felda Pasoh 2. Sesi SLS ini berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sesi SLS ini bertujuan memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk belajar di NADI. Pembelajaran adalah secara atas talian melalui saluran youtube NADI Mahir. Peserta boleh berkomunikasi dengan tenaga pengajar. Selain daripada itu, peserta juga dibekalkan modul sebagai rujukan semasa sesi pembelajaran. Dalam Sesi ini peserta akan mempelajari asas fashion styling bersama perunding imej, Wawa Idris untuk ketahui tips memilih padanan pakaian, warna dan gaya yang sesuai untuk tampil yakin dan bergaya di hari raya nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali