KELAS MAHIR MASAK MODUL 10 - PEMBUATAN MEXICAN BUN
7 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07 April 2026, telah diadakan Kelas Mahir Masak Modul 10 bertajuk “Pembuatan Mexican Bun”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.
Pembelajaran Mahir Masak minggu ini peserta membuat amali bersama cikgu mahir masak untuk pembuatan Mexican Bun (Rotiboy). Peserta membuat Rotiboy dan melibatkan penyediaan doh roti lembut yang diperam sehingga naik dua kali ganda sebelum dibentuk bulat dan diisi mentega di tengah. Selepas itu, doh disalut dengan topping kopi yang dibuat daripada campuran mentega, gula, telur, tepung dan serbuk kopi. Roti kemudian dibakar dalam oven sehingga topping menjadi rangup keperangan dan menghasilkan aroma kopi yang harum serta tekstur roti yang lembut pada bahagian dalam roti. Selain itu, cikgu mahir turut berkongsi tip mengenai bahan-bahan pembuatan dan menjawab soalan-soalan berkaitan roti daripada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: