Tiny Techies (Ulangkaji Siri2 Microbit & Robotik)

8 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 MAC 2026, telah diadakan Kelas Tiny Techies Ulangkaji Siri2 Microbit & Robotik bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem NADI book secara atas talian.

Sesi Ulangkaji ini melibatkan peserta sekolah rendah. Dalam sesi ulangkaji microbit dan robotik membantu peserta memahami asas pengaturcaraan, sensor, dan automasi dengan cara yang menyeronokkan dan praktikal. Melalui aktiviti ini, pelajar belajar mengawal peranti seperti motor, lampu LED, dan sensor menggunakan kod ringkas serta meningkatkan kemahiran logik, kreativiti serta penyelesaian masalah yang penting dalam dunia teknologi zaman ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali