Lms Esport Peraturan, Penalti & Fair Play Dalam Mlbb
8 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07 Mac 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Peraturan, Penalti & Fair Play Dalam MLBB” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran topik ini adalah untuk memberi memberi pendedahan kepada pemain mengenai kepentingan mematuhi peraturan permainan, memahami jenis penalti yang dikenakan serta mengamalkan semangat fair play semasa pertandingan. Peserta juga dididik untuk bermain secara profesional, menghormati pihak lawan, mengelakkan tingkah laku toksik dan bekerjasama dalam satu pasukan. Program ini membantu membentuk sikap disiplin dan beretika baik dalam kalangan pemain eSukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: