Webinar Cyber Security “Deepfake & Ai Scam : Bila Muka Dan Suara Anda Dipalsukan”
10 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Julai 2026, telah diadakan Webinar Cyber Security “Deepfake & Ai Scam: Bila Muka Dan Suara Anda Dipalsukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan tentang bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh digunakan untuk memalsukan wajah dan suara seseorang bagi tujuan penipuan, penyamaran identiti, dan penyebaran maklumat palsu. Selain itu, peserta mempelajari cara mengenal pasti tanda-tanda kandungan deepfake, langkah melindungi data peribadi, serta amalan keselamatan digital seperti mengesahkan identiti melalui saluran rasmi sebelum mempercayai atau berkongsi sesuatu maklumat. Kesedaran ini membantu orang ramai menjadi lebih berwaspada dan mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: